Thursday, 28 March 2013

Solat




Bismillah.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas dimuka bumi Allah yang serba indah ini. Pagi ni anuar nak cerita sikit tentang solat. Berdasarkan apa yang anuar tau lah. Nak bercerita dengan lebih terperinci anuar tak cukup ilmu lagi. Insyaallah dengan izinNya.

Apabila berbicara tentang solat ni , sudah sedia maklum sesetengah muslim mengatakan ia wajib. Ditinggalkan berdosa besar. Tapi ada sesetengah muslim hanya berkata-kata begitu tapi tidak menunaikannya. Setiap daripada kita pernah tinggalkan solat bukan ? Perkara yang sama pernah terjadi kepada Nabi Muhammad SAW.

Abu Hurairah r.a pernah bercerita :  

"Pada waktu malam , baginda sedang bermusafir dalam perjalanan yang sangat jauh. Disebabkan oleh keletihan semasa dalam perjalanan tadi , Baginda SAW telah tertidur sehingga terbit matahari tanpa menunaikan solat subuh. Seketika Baginda terjaga daripada tidurnya , Baginda terus menunaikan solat subuh yg tertinggal tadi. Setelah selesai solat , Baginda bersabda ,

Sabda Rasulullah , 

"Sesiapa yg tertido atau terlupa daripada menunaikan solat ,maka hendaklah menunaikannya seketika mengingatinya."

Kemudian Nabi membaca firman Allah yang bermaksud , 

"Tunaikan-lah solat kerana mengingati-KU" Surah Taha :14

Kisah ini berdasarkan hadis , Daripada Anas bin Malik r.a , sabda Rasulullah SAW :

"Sesiapa yang terlupa menunaikan solat ataupun tertidur daripada menunaikannya ,maka kaffarahnya ialah menunaikan solat tersebut apabila mengingatinya." -Riwayat Bukhari dan Muslim-



No comments:

Post a Comment