Saturday, 26 July 2014

Tak aktif kerana demam




Bismillah.


Hari dah hari ke berapa puasa? Ha dah nak sampai penghujungnya ramadan. Kalau zaman sahabat dulu , mereka menangis kerana ramadan nak tinggalkan mereka. Tapi di akhir zaman ni , kita bersuka ria krn nak sambut aidil fitri. 

Mintak maaf kepada semua yang mengenali tuan belog ni sbb tak aktif sangat selama 2 hingga 3 minggu ni. Demam haritu seminggu. Fuh demam kat asrama memang memeritkan. Tak selesa kot. Siapa yang pernah demam kat asrama? Fuh tidur saja seharian. Nak makan pun tak lalu.

Demam pulak hari selasa. Nak tunggu hari jumaat balik tu memang memeritkan. Allahu. Bila dah sampai hari Jumaat tu , tak tahan dah. Malam sampai kat rumah , mak letak air asam jawa kat kepala. Then makin panas pulak , p lah hospital. P hospital pun menguji kesabaran jugak. Ramai gila.

Tapi alhamdulillah setelah jumpa doktor dan ambil darah , takdak suspek denggi ka apa ka. Hehe mintak maaf kepada semua kerana taksempat nak update artikel baru. Di kesempatan ini , anuar nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. MINTAK MAAF KALAU ADA SALAH DAN SILAP.

No comments:

Post a Comment