Sunday, 24 March 2013

Jangan Lupakan Syurga Dan Neraka




Bismillah.

Setiap manusia menginginkan Syurga Allah. Tetapi masih ramai yang tidak berusaha untuk mendapatkannya malah mereka lebih gemar untuk mendekati Neraka.Dunia ini merupakan jambatan untuk kita menuju ke akhirat sama ada ke Syurga ataupun Neraka. Semuanya berpandukan amal ibadat kita sendiri.

Ok.

Abu Ya'la mendapat berita daripa Ibnu Umar , katanya Rasulullah menyampaikan khutbah , katanya ,

"Janganlah kamu lupakan dua hal yang besar ,iaitu Syurga dan Neraka."

Kemudian beliau menangis ,sehingga air matanya membasahi janggutnya. Kemudian beliau berkata lagi ,

"Demi yang diri Muhammad ada di Tangan-Nya ,sekiranya kalian mengetahui apa yang saya tahu mengenai akhirat ,tentu kalian akan naik ke atas bukit ,lalu kalian taburkan debu ke kepala kamu."

Kulaib bin Ham menceritakan , dia pernah mendengar Rasulullah berkata :

"Wahai kaumku ,cari syurga dan lari dari neraka sekuat tenaga kalian. Kerana orang yang mencari syurga tidak pernah tidur dan orang yang lari neraka juga tidak pernah tidur . Ketahuilah ,sesungguhnya akhirat itu pada hari ini dikelilingi dengan hal-hal yang tidak menyenangnkan dan dunia dipagari dengan syahwat."

-Direkodkan oleh Ath-Tobrani- 


No comments:

Post a Comment