Sunday, 24 March 2013

Ciri-Ciri Yakjuj dan Makjuj




Bismillah.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana masih memberi peluang untuk kita hidup di muka bumi-NYA yang tersergam indah ini. Malam ini Anuar mengambil masa yang ada untuk kongsikan sedikit ilmu berdasarkan buku KHUTBAH RASULULLAH.

Malam ni nak cerita sikit tentang ciri-ciri Yakjuj dan Makjuj.Taklah banyak yang Anuar tau tentang maklukh ni. Hanya berdasarkan buku ini sahaja yang Anuar dapat kongsikan.


Ibnu Harmalah yang melaporkan daripada Ibu saudaranya ,berkata ,Rasulullah menyampaikan khutbah ,sedang jarinya dibalut kerana sengatan kala jengking,


"Kalian mengatakan tidak ada lagi musuh,sedangkan kalian senantiasa memerangi musuh hingga datang Yakjuj dan Makjuj , yang wajahnya lebar ,matanya sepet ,rambutnya kemerah-merahan dan hujungnya hitam ,yang turun dari tempat-tempat yang tinggi dengan wajah yang tampak ganas."

-Direkodkan oleh Ahmad-

Begitulah gambaran tentang Yakjuj dan Makjuj. Sungguh mengerikan.Setakat itu sajalah entry kali ini. Semoga ia bermanfaat kepada anda semua. Jangan lupa sebarkan :) Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment