Thursday, 28 March 2013

Fatih Seferagic - Imam Muda Yang Amat Tampan


Fatih Seferagic

Bismillah.

Alhamdulillah. Fatih Seferagic? Kenalkah kita dengan Imam Muda Bosnia ni? Mesti tak ramai yang kenal kan? Mana nak kenal , kita asyik mengagung-agungkan artis Yahudi sebagai idola. Leka dengan lagu-lagu mereka. Tertarik dengan rupa paras mereka. Tapi ilmu mereka? Ilmu mereka mengheret kita ke lurah kemungkaran.

Fatih sepatutnya menjadi idola kita selain Nabi Muhammad. Wajahnya yang agak tampan ,kelunakan suaranya membaca ayat-ayat suci al-quran. Subhanallah. Jika ramai remaja Islam seperti Fatih sudah tentu negara Islam dipandang tinggi. 

No to Bieber. Yes To Fatih.


Beliau merupakan Al-Hafiz muda yang bersuara indah. Menghafal 30 juzuk Al-Quran. Fatih Seferagic adalah warganegara Bosnia yang dilahirkan di Jerman. Kemudian beliau berpindah ke Amerika Syarikat  ketika berusia 4 tahunBeliau sekarang menetap di Baltimore. Beliau berjaya mengkhatam hafiz Al Quran dalam tempoh 7 tahun di Islamic Society of Baltimore di bawah bimbingan Syeikh Qari Zahid & Qari Abid.

Masyaallah. Lelaki yang sebegini yang patut dijadikan idola dan diidamkan oleh para wanita. Mungkin lelaki seperti mampu membimbing kita ke Syurga Allah. 

Dengari suara merdu beliau : 1. Surah Tawbah. SINI 
                                         2. Adzan . SINI





7 comments:

  1. Subhanallah :) Lebih baik jadikan Fatih sebagai idola daripada justin bieber tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betoi :) Lelaki macam ni yang perlu dijadikan suami .

      Delete
  2. moga Allah memberkatinya. amin ya rabb.

    ReplyDelete