Saturday, 2 August 2014

Haramkah selfie di tanah perkuburan?






Bismillah.


Hukum berselfie di tanah perkuburan tidaklah haram secara mutlak. Ia bergantung kepada beberapa keadaan termasuklah niat dan tujuan, Ia diharuskan selagi mana adab dan tata susila dijaga dan dipelihara. 

Jangan fokuskan kepada hukum selfie dan bergambar sahaja, tapi lebih penting untuk fokuskan kepada hukum menziarahi kubur pada hari raya. 

Masih ramai umat islam di Malaysia yang menganggapnya sebagai sunat dan menyandarkan amalan tersebut kepada Nabi Muhammad S.A.W. Malah masih terdapat umat islam di Malaysia yang memandang serong terhadap individu yang tidak menziarahi kubur pada hari raya. 

Perlu dihebohkan kepada semua, sesungguhnya amalan ziarahi kubur pada hari raya hanyalah adat budaya atau warisan tradisi semata-mata. Dalam islam, kita tidak disuruh menziarahi kubur pada hari raya, sebaliknya kita dituntut untuk menziarahi saudara mara serta sahabat handai yang masih hidup. 

Jadi, amalan menziarahi kubur pada hari raya bukanlah amalan sunat, malah ia mungkin menjadi haram apabila terlalu ramai lelaki dan perempuan yang bukan mahram bercampur gaul di tanah perkuburan. 


Untuk maklumat lanjut klik SINI

6 comments:

  1. tapi yg haritu selfie atas kubur tu melampau jugaklah kan. siap senyum lagi. sedangkan kubur tu bukanlah tempat utk bersuka ria. org sekarang mcm dh hilang adab je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa yg tu terlampau over. kita ke kubur bukannya nak gembira tapi nak igtkan kita kepada kematian.

      Delete
  2. kena beragak jugak lah kan sebenarnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa memang betoi . kita p situ nak mengingati mati bkn bergembira.

      Delete
  3. rasanya bila ziarah kubur tu untuk tujuan lain bkn la semata-mata nk selfie di depan kubur. nk ziarah tak semestinya kena tunggu hari raya saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa memang betoi. sekarang dah jadi adat ziarah kubur pada hari raya sahaja. hari2 biasa tak pergi pun.

      Delete