Friday, 27 June 2014

Ramadan Bersua Kembali










Salam Ramadan buat semua umat Islam di muka bumi Allah ini. Setelah lama meninggalkan dunia blog , akhirnya ana kembali bersua kembali ke dunia blog sempena bulan ramadan yang mulia ini.


Masihkah kita ingat ketika berpuasa pada 1 Ramadan yang lepas ? Bagaimana perasaan kita ketika jam baru menunjukkan pukul 1 petang? Tetapi kita sudah kelihatan kepenatan tanpa seteguk air mahupun sepinggan nasi yang dijamah ?


Bayangkan ketika itu kita sedang berwudu untuk solat zohor pada bulan Ramdan atau sedang mandi pada hari yang terik. Boleh sahaja air wuduk tersebut dihirup sedikit bagi menghilangkan dahaga.Bukan ada orang yang melihat kita di bilik air.

Tetapi dari mana datangnya kekuatan untuk kita mengatakan "tidak" kepada air tersebut ketika kita mampu melakukannya secara rahsia ? Tiada suara yang menguatkan kita untuk tidak melakukannya melainkan suara hati sendiri!

Jadi , persiapkanlah diri kita ini untuk mengharungi liku-liku di bulan Ramadan agar kita dapat menikmati nikmat berpuasa. Di bulan Ramadan lah kita nak mendidik diri kita menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Oleh itu , janganlah kita melepaskan peluang ini.

"Kejayaan takkan muncul tanpa ada kepercayaan terhadap diri sendiri"



No comments:

Post a Comment