Monday 25 March 2013

Pentingnya Menjaga Kebersihan Kemaluan

Bismillah.
Selamat malam semua. Apa kabar? Sehat? Apa kabar Iman? Sehat? Alhamdulillah. Firstly bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk terus hidup dan beribadat kepadaNya. Okay malam ni anuar nak berkongsi sedikit ilmu yang anuar dapat dekat Facebook. Hal ini berkaitan dengan "KEMALUAN" .Jangan pikir negatif. 

Sabda Rasulullah SAW : 

“Siapapun yang dapat menjaga lidah dan kemaluannya, aku jamin ia akan masuk Syurga.”

Pentingnya kemaluan itu. Pentingnya menjaganya untuk memperoleh Syurga. Okay. Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul? Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka. Mari kita mengikuti kisah di bawah ini :
Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.
Seterusnya ,
Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba tiba berkata-kata, Katanya” Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.
Haaa tedia betapa pentingnya menjaga kemaluan. Sehingga sebegitu rupa balasannya.Walaupun hal menjaga kebersihan ini dipandang remeh tapi hakikatnya balasannya amatlah berat. Sebarkan dan amalkan. Sekian :)

4 comments:

  1. Terima kasih atas peringatan...Islam mementingkan kebersihan... :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih share info dan peringatan ni..sangat2 bermanfaat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Manfaatkannya lagi dgn menyebarkannya k ?

      Delete